Tuesday, 5 January 2016

Warisan - Jasa Bonda (lirik)



Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
(Ulang *)Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


-----------------------------------------------------


Soalan :
Apakah “ihsan-ihsan”  ibu kepada anaknya dan apakah “hak” yang perlu diberikan si anak kepada ibunya seperti yang digambarkan dalam lirik lagu “ JASA BONDA “

Ihsan ialah berbuat baik atau berbuat sebaik mungkin, manakala dalam pengertian istilah, ihsan dapat didefinisikan sebagai ajaran atau konsep yang mendukung etika kerja yang baik.
Berdasarkan kepada perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai satu produktiviti kerja secara optimum, iaitu bekerja dan melaksanakan sesuatu tugas sesuai dengan hasil sumbangan yang terbaik serta berkualiti tinggi.
Ibu… Engkaulah ratu hatiku, ratu jiwaku, ratu sanubariku. Itulah ungkapan yang sedikit sebanyak dapat menggambarkan bahawa ibu adalah insan yang penting dalam hidup kita. Tanpa ibu, kita semua tiada. Ibu, emak, umi, mama, mak, mother, mummy dan lain-lain lagi panggilan, semuanya mewakili seorang insan yang melahirkan kita di dunia ini. Insan yang bergelar ibu adalah insan yang paling mulia dan wajib dihormati oleh setiap anak-anak. Pengorbanan ibu terlalu besar buat anak-anak semua. Bermula dari permulaan mengandung sehingga saat melahirkan zuriatnya.
Dari situ, bermulalah episod kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kasih sayang ibu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana tidak tercapai oleh kata-kata. Suatu yang sukar untuk diungkapkan dan dilafazkan. Hal ini kerana pengorbanan ibu terlalu besar maknanya buat anak-anak semua.
Dalam lirik lagu “ jasa bonda “ , terdapat banyak ihsan yang telah digambarkan bagaimana ihsan seorang ibu terhadap anaknya terlalu banyak. Antaranya ialah :
  • Saat anak dibuai mimpi , ibu sedang berjaga .
    - ihsan seorang ibu sanggup bersengkang mata demi melihatnya anaknya tidur dengan nyenyak .
  • Ibu bekerja , anak bersenang-lenang
    -ihsan seorang ibu sanggup bekerja untuk mencari rezeki untuk menyara anak-anaknya
  • Tidak terbatas, dan tidak meminta untuk dibalas.
    -ihsan seorang ibu ,segala pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ibu terhadap anaknya tiada terbatas malah tidak pula meminta untuk dibalas .
  • Ingin anaknya hidup sempurna dan mempunyai kekutan jiwa dan maruah
    - ihsan seorang ibu yang ingin melihat anaknya mempunyai jiwa yang kental mengharungi segala cabaran dan menjaga maruah.
  • Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang.
    - ihsan seorang ibu, dalam memberi nasihat kepada anaknya. Seseorang ibu marah kepada anaknya bukan bermaksud benci. Akan tetapi sangat menyayangi anaknya supaya menjadi orang yang sempurna.



MARAH BUKAN KEBENCIAN, TAPI TANDA SAYANG
Inilah ayat yang tersemat didalam lirik lagu "jasa bonda". Bagi saya  lagu ini sangat berkualiti, menasihati anak-anak supaya mengenang jasa ibu. Syurga ditapak kaki Ibu. Adakala ibu kita memarahi bukan kerana membenci anaknya tetapi tidak mahu melihat anaknya susah dikemudian hari dan ingin mendidik supaya menjadi  manusia yang baik.

HAK SEBAGAI SEORANG ANAK
  • “Semoga kau tak lupa jasa bonda”
    -
     hak sebagai seorang anak tidak lain hanyalah berbakti kepada orang tuanya dan tidak lupa akan jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh mereka.


Lagu yang cukup indah, cukup menusuk qalbu. Terngiang-ngiang suara ibu, walaupun kau hanya diam membisu. Air mata ini tidak berhenti-henti mengalir tatkala mengenang jasamu....

 
NAMA : NUR HIDAYAH BT ABDUL JALIL

NO. MATRIK : GB 02639

No comments:

Post a Comment