PENDAPAT TENTANG VIDEO WIKILEAKS
COLLATERAL MURDER
Video grafik ini
menceritakan perang akibat serangan AS di Iraq pada tahun 2007. Peperangan ini
telah mengakibatkan kematian seramai 12 orang termasuk 2 orang pekerja Rueters.
Pada pandangan
saya, mengikut apa yang saya ketahui, Universal Declaration of Human Rights
(UDHR) mempunyai 30 perkara yang menjadikan pandangan Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) sebagai hak asasi manusia sejagat.
Akan tetapi hak
manusia ini telah di langgar oleh sesetengah pihak sebagaimana yang terkandung
dalam video ini. Antaranya ialah :
·Setiap individu mempunyai hak untuk hidup.
·Kebebasan dan keselamatan diri terjamin.
Dalam video
WikiLeaks Collateral Murder menceritakan tentang serangan udara yang dilakukan
oleh pasukan tentera Amerika Syarikat terhadap kota Baghdad, Iraq. Serangan ini
telah mengorbankan beberapa orang penduduk tempatan termasuk dua orang wartawan
perang Reuters iaitu , Saeed Chmagh dan Namir Noor-Eldeen serta mencederakan
kanak-kanak yang tidak berdosa. Disini telah membuktikan bahawa hak asasi
individu telah dicemari.
Perkara ini
dipanggil artikal yang ke 3. Seterusnya dari segi undang-undang peperangan
tidak dipatuhi. Peperangan itu hanya boleh dilakukan jika kedua dua belah pihak
sudah bersedia dari segi senjata dan perlindungan diri. Bukan seperti dakam
video ini, yang mana pihak musuh datang serang tanpa mematuhi undang perang
negara.
Setiap individu
mempunyai hak untuk kebebasan pendapat dan meluahkan pandangannya, hak ini
termasuklah kebebasan mempunyai pendapat tanpa gangguan dan mencari, menerima
dan menyebarkan maklumat dan idea melalui sebarang media dan tanpa mengira
sempadan.
Pada tahun 2010,
seorang penganalisis perisikan tentera Amerika bernama Bradley Manning telah
ditangkap selepas memberitahu Adrian Lamo bahawa dia telah mendedahkan video
serangan udara WikiLeaks Collateral Murder kepada WikiLeaks. Ini bermakna
sekiranya tiada individu yang mendedahkan perkara tersebut, prbuatan salah
tentera Amerika itu tidak akan diketahui orang ramai. Ini adalah bertentangan
dengan artikel 19 yang terkandung dalm PBB undang-undang yang mana setiap orang
berhak mengetahui dan menerima maklumat.
NAMA: NUR
HIDAYAH BT ABDUL JALIL
NO MATRIK : GB02639
No comments:
Post a Comment